Malaysia Digital | Pelaksanaan Malaysia Digital diselaras di peringkat tertinggi kerajaan - PM

2022-07-04 0

Tadbir urus dan strategik pelaksanaan Malaysia Digital (MD) akan diselaraskan di peringkat tertinggi kerajaan, dan pemantauan serta penambahbaikan akan dibuat dari semasa ke semasa, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Perdana Menteri berkata, Kabinet juga telah bersetuju untuk menubuhkan Jawatankuasa Koordinasi Malaysia Digital (MD-CC) bagi menyelaras tadbir urus dan operasi, serta penganugerahan status MD.